Khamis, 22 Oktober 2009

Alam Fauna

Definisi Fauna

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Fauna juga lebih dikenali sebagai dunia haiwan. Fauna terbahagi kepada 2 iaitu di air dan di darat.


Kucing dan arnab adalah contoh fauna di darat.


Sotong dan ikan adalah contoh fauna di air.

Apa Itu Flora?

Definisi Flora



Dalam botani, flora mempunyai dua maksud. Maksud pertama merujuk kepada "semua tumbuhan yang hidup di dalam sesuatu kawasan atau zaman", khususnya tumbuhan yang asli. Maksud kedua merujuk kepada "buku atau karya" yang memerihalkan spesies tumbuhan yang terdapat di dalam sesuatu kawasan atau zaman bagi tujuan pengenalpastian. Sesetengah flora klasik dan moden disenaraikan di bawah.

Istilah "flora" berasal daripada bahasa Latin, Flora, yang merupakan dewi untuk bunga dalam mitologi Rom. Istilah padanan untuk haiwan ialah fauna. Flora, fauna dan bentuk hidupan lain seperti kulat dirujuk bersama sebagai biota. Semua flora dan fauna di dalam sesuatu kawasan dirujuk bersama sebagai biota.


Pengelasan Flora

Tumbuhan-tumbuhan dikelompokkan kepada flora, bergantung kepada kawasan, zaman, atau persekitaran yang khas. Kawasan boleh merupakan habitat yang berbeza dari segi geografi, umpamanya gunung berbanding tanah pamah. Flora boleh bermaksud tumbuhan untuk sesuatu zaman sejarah, umpamanya flora fosil. Akhirnya, flora juga boleh dibahagikan lagi mengikut persekitaran khas:

  • Flora asli: Flora asli sesuatu kawasan.
  • Flora pertanian dan kebun bunga: Tumbuhan yang ditumbuh dengan senjaga oleh manusia.
  • Flora rumpai: Secara tradisi, pengelasan ini digunakan untuk tumbuhan yang dianggap tidak diingini, dan dikaji untuk mengawal dan memusnahkannya. Pada hari ini, gelaran ini jarang digunakan sebagai pengelasan untuk tumbuhan disebabkan kumpulan ini merangkumi tiga jenis tumbuhan yang berbeza: spesies rumpai, spesies invasif (tidak semestinya merupakan rumpai), dan spesies (baik asli mahupun yang diperkenalkan) yang tidak diingini dari segi pertanian. Banyak tumbuhan asli yang dahulu dianggap sebagai rumpai kini telah didapati berfaedah malah diperlukan oleh pelbagai ekosistem.

Bakteria kekadang dimasukkan dalam kumpulan flora. Kekadang juga, istilah flora bakteria dan flora tumbuhan telah digunakan secara berasingan.